kemarau | 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemarau | 1 tidak berair; kering. 2 = musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuhan yg mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemarau | 1. tidak berair; kering. 2. =musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuh-tumbuhan yg mati. | Kamus Pelajar |
kering I | 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpucuk | 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meranting | 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedangkan | 1 sungguhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membatu | 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merekah | 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meranting | 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~. | Kamus Pelajar |