Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mas] | کمس

Definisi : 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-­nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mas] | کمس

Definisi : 1 tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi: Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~. 2 disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik): Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3 kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mentuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan: ~ bilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,

Puisi
 

Encik Gamung orang Melaka,
     Lipatlah kajang kemas-kemas;
Janganlah sombong adik berkata,
     Di mana kijang bertanduk emas?


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pintu matipintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyumbatmenutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? Kamus Pelajar
menyumbatmenutup dgn sumbat; menutup lu­bang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya?Kamus Pelajar Edisi Kedua
ponibp satu cara mendandan rambut dgn meng­aturnya kemas-kemas di dahi; potong ~ = berponi; berponi mempunyai potongan rambut cara poni.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumbat, = penyumbat menyumbat menutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? Kamus Pelajar
membedungmembalut atau membarut anak-anak kecil dgn bedung: Emak ~ adik saya yg baru dilahirkan itu kemas-kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membedungmembalut atau membarut anak-anak kecil dgn bedung: Emak ~ adik saya yg baru dilahirkan itu kemas-kemas.Kamus Pelajar
sumbat, = penyumbat benda yg biasanya dibuat drpd gabus dan di­gunakan utk menutup mulut botol dll; palam; pemalam: ~ botol. menyumbat menutup dgn sumbat; menutup lu­bang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? menyumbatkan 1 menggunakan sesuatu utk menyumbat: Dia ~ kertas pd lubang itu. 2 memasukkan sesuatu ke dlm; mengisikan: Mereka telah ~ buah rambutan itu ke dlm karung. tersumbat 1 tertutup dgn sumbat. 2 tertutup atau tersekat sehingga tidak lancar aliran air dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghunjam1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hunjam; menghunjam 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya; menghunjamkan 1. menjunamkan, menu­kik­kan: ~ layang-layangnya menuju ke tanah; 2. menikamkan (menusukkan) lurus dr atas ke bawah, memancangkan (menancap­kan) lurus ke dlm tanah dll: dihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu; ~ galah ke dasar sungai; ~ lutut nan dua Mn berlutut; terhunjam 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka; hunjaman tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~ pandangan mata yg menyala.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas