sering I | 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. menyering 1 memintal tali dll hingga sering. 2 menegangkan sesuatu yg dianyam dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemas kini | 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sering I | 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemaskinikan | 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghunjam | 1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas kini | 1. baru atau sedang berlaku; semasa. 2. memperlihatkan atau menampakkan pembaharuan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya adalah yg ~. mengemaskinikan menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. | Kamus Pelajar |
erat | 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg mengeratkan: ~ hubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas | 1 tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi: Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~. 2 disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik): Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3 kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mentuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan: ~ bilik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sering I | 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. | Kamus Pelajar |
sumbat | , = penyumbat benda yg biasanya dibuat drpd gabus dan digunakan utk menutup mulut botol dll; palam; pemalam: ~ botol. menyumbat menutup dgn sumbat; menutup lubang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? menyumbatkan 1 menggunakan sesuatu utk menyumbat: Dia ~ kertas pd lubang itu. 2 memasukkan sesuatu ke dlm; mengisikan: Mereka telah ~ buah rambutan itu ke dlm karung. tersumbat 1 tertutup dgn sumbat. 2 tertutup atau tersekat sehingga tidak lancar aliran air dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |