kemasinan | keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemasinan | perihal masin (air dll), rasa masin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keasinan | perihal asin, rasa asin, kemasinan: ~ air laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masin | (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asin I | masin, (be)rasa garam; merasai ~ garam sudah banyak pengalaman;mengasini membubuh garam (supaya masin) pd;mengasinkan menjadikan asin; asinan buah-buahan atau sayur-sayuran yg diasinkan;keasinan perihal asin, rasa asin, kemasinan: ~ air laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masin | rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkataannya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipedulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |