Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.lian] | کمبالين

Definisi : sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kembalian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kembaliansesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kembali1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas