Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkembang1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekar I1. kembang, mekar (bunga); 2. ber­cerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau mencerai­kan (supaya tidak terkumpul lagi), menye­lerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, men­jadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-­ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau menge­rikan), seram bulu tengkuk (kerana keta­kutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkem­bang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kembang kempis1. turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, ter­engah-engah; 2. = kembang kuncup seke­tika mengembang seketika menguncup; mengembangkempiskan menjadikan kem­bang kempis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1. mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): <i>Bunga itu sudah ~.i> 2. menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll):<i>Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~.i> <i>~ biaki> membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). <i>~ kempisi> a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. =<i>~ kuncupi> sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1. terbuka atau terbentang: <i>Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu.i> 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): <i>Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia.i> berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: <i>Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali.i> mengembang menjadikan kembang:<i>Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali.i> mengembangkan 1. membuka (payung, layar dll) supaya kembang:<i>~ payung; ~ sayapnya.i> 2. menjadikan besar (luas dll): <i>Dia menarik nafas serta ~ dadanya.i> 3. menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: <i>~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama.i> 4. menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): <i>Kembangkan (x – 2) (2x + 3).i> memperkembang menjadikan lebih kembang: <i>~ dan memperkaya bahasa Melayu.i> terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: <i>Maka ~lah payung kerajaan.i> perkembangan keadaan atau hal berkembang: <i>~ bahasa Melayu; ~agama Islam.i> pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: <i>~ ajaran agama Islam.i> pengembang;<i>~ agamai> orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar
kembang II1. bunga (digunakan juga utk menyatakan nama berbagai-bagai bunga): ~ bangkai, ~ jepun, ~ naga sari; cita ~ cita (kain tenun) yg coraknya berbunga-bunga; 2. kata yg menjadi sebahagian drpd nama beberapa tumbuhan; ~ semangkuk sj tum­buhan (pokok), Scaphium spp.; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu cenderus, seburus hitam, segan petaling, Urophyllum trifurcum; ~ api bunga api; ~ gula gula-gula (berbagai­bagai makanan yg dibuat drpd gula); ~ latar bp pelacur; ~ pala kulit di keliling biji pala; mengembang 1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuncup I1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuntum1 bunga yg hampir kembang. 2 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga. berkuntum tumbuh (berada) dlm bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru ~. menguntum menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengembang1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas