Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kembang biak; berkembang biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). mengembangbiakkan membiakkan supaya menjadi banyak; menjadikan berkembang biak. perkembangbiakan hal atau kejadian berkembang biak; pengembangbiakan hal atau proses mengembangbiakkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kembang biak; berkembang biak membiak menjadi banyak: kuman-kuman jenis ini sangat mudah ~; mengembangbiakkan menjadikan berkem­bang biak.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbiak kembangmenjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat;Kamus Dewan Edisi Keempat
membiak kembangmenjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat;Kamus Dewan Edisi Keempat
biak Imenjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dsb), peridi: mereka mempunyai ternak yg ~; (ber)kembang ~ menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); memamah ~ memamah makanan utk kedua kalinya (lembu dsb);membiak, berbiak = ~ kembang menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; membiakkan membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; biakan benda (ternak dll) yg dibiakkan; pembiakan perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;pembiak benda (ternak dll) yg membiakkan, hasil drpd membiakkan ternak dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, men­jadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-­ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau menge­rikan), seram bulu tengkuk (kerana keta­kutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkem­bang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1. mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2. menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll):Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. =~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1. terbuka atau terbentang: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang:Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1. membuka (payung, layar dll) supaya kembang:~ payung; ~ sayapnya. 2. menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3. menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4. menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang;~ agama orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar

Kembali ke atas