kembung I | 1 melembung kerana berisi angin dll; gembung: ~ kempis kembang kempis. 2 berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembang kempis | 1. turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, terengah-engah; 2. = kembang kuncup seketika mengembang seketika menguncup; mengembangkempiskan menjadikan kembang kempis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembung I | 1. melembung kerana berisi angin dll; gembung:~ kempis kembang kempis. 2. berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. | Kamus Pelajar |
kembung I | 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut; gembung I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembang I | 1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembang I | 1. mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2. menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll):Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. =~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1. terbuka atau terbentang: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang:Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1. membuka (payung, layar dll) supaya kembang:~ payung; ~ sayapnya. 2. menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3. menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4. menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang;~ agama orang yg menyebarkan agama. | Kamus Pelajar |
sedih II | 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |