kembara | ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembara | ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembara | mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah:Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi:Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. | Kamus Pelajar |
cek kembara | cek yg dibeli drpd bank dan boleh ditukar di luar negara utk mendapatkan mata wang asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
embara | ®kembara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bara III | Tr kembara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cek (cék) I | perintah bertulis kpd bank supaya membayar wang sebanyak yg dinyatakan; ~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun pihak yg dituliskan namanya pd cek yg berkenaan; ~ kembara cek yg dibeli drpd bank dan boleh ditukar di luar negara utk mendapatkan mata wang asing; ~ kosong cek yg amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya; ~ lambung = ~ tendang cek yg tidak dapat dijelaskan kerana pihak yg mengeluarkannya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaun berkenaan; ~ luar cek yg bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yg menerbitkan cek berkenaan; ~ luput cek yg sudah lepas tarikh lakunya; ~ pembawa cek yg boleh ditunaikan oleh pembawanya; ~ tempatan cek yg bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yg sama dgn bank pelanggan yg menerbitkan cek itu; ~ terbuka = ~ tunai cek (tidak berpalang) yg boleh ditukarkan kpd wang tunai oleh sesiapa saja yg mengemukakannya kpd bank. | Kamus Dewan Edisi Keempat |