kemerebakan | keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebak | (rébak) II; merebak 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau tersiar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2. menjangkit, meluas, merembet (api dll): dlm beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini; merebakkan menyebabkan sesuatu merebak, menularkan, menjangkitkan, menyebarkan: zina boleh ~ penyakit; kemerebakan keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear; pemerebakan perihal (proses, perbuatan dsb) merebak atau merebakkan, penularan: tujuannya adalah utk mencegah atau mengawal ~ sesuatu penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |