antidadah | menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah, spt penghasilan, pengedaran dan penggunaan. kempen ~ kempen atau usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
propaganda | 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerangkan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan secara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempen | /kémpén/ tindakan atau usaha yg dirancang utk mempengaruhi pendapat umum supaya menyokong atau menentang sesuatu dasar: ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi seseorang calon yg bertanding dlm pilihan raya. berkempen melancarkan atau menjalankan kempen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempen | /kémpén/ tindakan atau usaha yg dirancang utk mempengaruhi pendapat umum supaya menyokong atau menentang sesuatu dasar: ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi seseorang calon yg bertanding dlm pilihan raya. berkempen melancarkan atau menjalankan kempen. | Kamus Pelajar |
kempen | (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kempen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempen antidadah | kempen atau usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempen pilihan raya | kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi seseorang calon yg bertanding dlm pilihan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempen pilihan raya | kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempen antidadah | usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besar-besaran | 1. dgn cara (upacara dsb) yg besar (bkn sambutan, majlis perkahwinan, dsb): perkahwinan diraja itu disambut secara ~; 2. dlm bilangan yg banyak: kemasukan orang asing secara ~; menternak ayam secara ~; 3. banyak dan luas pasarannya: berniaga secara ~; 4. meluas dan bersungguh-sungguh (bkn kempen, gerakan, dsb): kempen antidenggi dijalankan secara ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |