kempang II | ; ~-kempis kembang kempis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembung I | 1 melembung kerana berisi angin dll; gembung: ~ kempis kembang kempis. 2 berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembung kempis | kembang kempis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempang-kempis | kembang kempis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denyut | gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau debaran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempis | pipih kerana kurang atau tiada lagi isinya; tidak melembung: Tayar basikalnya ~. mengempis menjadi kempis: Belon yg dipegangnya ~ kerana terdapat lubang halus pdnya. mengempiskan menjadikan kempis (dgn mengeluarkan angin atau isinya): ~ perut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembung I | 1. melembung kerana berisi angin dll; gembung:~ kempis kembang kempis. 2. berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. | Kamus Pelajar |
kempis | pipih kerana kurang atau tiada lagi isinya; tidak melembung:Tayar basikalnya ~. mengempis menjadi kempis: Belon yg dipegangnya ~ kerana terdapat lubang halus pdnya. mengempiskan menjadikan kempis (dgn mengeluarkan angin atau isinya):~ perut. | Kamus Pelajar |
kempis I | menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung; mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~; mengempiskan menyebabkan (menjadikan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempis II | Jk sj botol yg dibalut dgn anyaman rotan (utk diisi air minum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |