Lembaga Perancang Keluarga | lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkapalan | 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perancang | orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
infrastruktur | 1. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dsb; 2. kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudahan awam | perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemudahan | 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemudahan | 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudahan | 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. | Kamus Pelajar |
kemudahan muatan(load facility) | Kemudahan perkakasan dan perisian komputer yang digunakan untuk memuatkan atur cara ke dalam ingatan utama komputer. | Kamus Komputer |