akhir | 1. kemudian sekali, penghabisan: perkataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiarnya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim penghujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diadakan terkemudian sekali (sbg penamat): pertandingan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghabisan | 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susulan | 1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusul | 1 mengikut di belakang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemudian | 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susul | ; menyusul 1 mengikut di belakang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita. menyusuli 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tempat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyongsong; mengalu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung surat yg dahulu. menyusulkan 1 membawa menyusul. 2 menambahkan; menyertakan. susulan 1 apa-apa atau sesuatu yg menyusul atau yg disusulkan. 2 hasil drpd menyusul. penyusulan perbuatan (hal dsb) menyusul, menyusuli atau menyusulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemudian | 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghabisan | 1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir:~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. | Kamus Pelajar |
lengkapan dua(two`s complement) | Nombor perduaan yang diperoleh daripada satu nombor asal yang apabila dicampurkan dengan nombor asal tersebut akan menghasilkan nombor yang mempunyai setiap bitnya bernilai 1 dan kemudian tambah 1. Misalnya, lengkapan dua bagi nombor perduaan10101010 ialah 01010101. | Kamus Komputer |
menyusuli | 1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |