kemudian hari | masa yg akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belakang hari | kemudian hari (kelak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
qadim II | Ar masa yg akan datang, kemudian hari; mengqadimkan menelah, meramalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudian hari | belakang hari, kelak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esok | /ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelak jemah | kemudian kelak, di kemudian hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esok | /ésok/ 1. hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2. kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = nya esoknya. | Kamus Pelajar |
jemah I | kelak, kemudian; di akhirat ~ di akhirat kelak; kelak ~ kemudian kelak, di kemudian hari; tidak ~ tidak pernah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esok | (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bekal | 1 apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2 sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. berbekal mempunyai bekal; membawa bekal. berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: Dia merantau ~ ilmu di dada. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |