paradoksikal | bersifat paradoks, yg bertentangan: secara ~ dapat dikatakan bahawa walaupun masyarakat lama mempunyai kemungkinan-kemungkinan yg jauh kurang, tetapi pd keyakinan orang dahulukala, yg mungkin itu seolah-olah tidak terbatas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risiko | 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian: seorang sahaja yg menanggung ~ perniagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemungkinan | 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemungkinan | perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemungkinan | 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku:Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. | Kamus Pelajar |
tatacara kemungkinan(contingency procedure) | Peraturan dan tindakan yang dibentuk untuk menghadapi kemungkinan kegagalan atau bencana pada sistem komputer. | Kamus Komputer |
kebarangkalian | 1 kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb. 2 ist pengukuran kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb yg dinyatakan dlm bentuk pecahan atau peratusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
barangkali | belum tentu lagi benar tidaknya; boleh jadi: ~ ada orang yg bermain-main di tempat larangan itu. kebarangkalian 1 kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb. 2 ist pengukuran kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb yg dinyatakan dlm bentuk pecahan atau peratusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampukan kemungkinan(contingency interrupt) | Sampukan atur cara yang akan bertindak apabila salah satu daripada beberapa keadaan yang telah ditentukan terjadi. | Kamus Komputer |
risiko | kemungkinan mengalami kerugian, bahaya dll: Dlm kehidupan sehari-hari, kita sering terdedah kpd berbagai-bagai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |