Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Peribahasa

Kena-kena seperti santan bergula,
     tak kena-kena bagai antan pukul kepala.

Bermaksud :

Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cocok1. sesuai benar, kena benar, sepadan (dgn): namanya telah ditukarnya dgn nama yg ~ dgn kehinaannya; 2. setuju, bersefahaman, sepakat: mereka tidak ~ lagi utk hidup sbg suami isteri; 3. sama benar, tidak berbeza: kita tidak akan bertemu dgn dua fikiran yg ~ tentang lukisan ini selagi fikiran itu dilahirkan oleh dua orang manusia; 4. tepat, betul: jamnya tidak ~; 5. setuju di hati, suka: apabila ~ rasanya, bolehlah dipesan barang ini dgn segera; 6. serasi: ubat ini tidak ~ dengannya; secocok sesuai (dgn), setuju: sesungguhnya perbualan secara begini, sangat tidak sebulu dan ~ dgn Jamilah; ketaksecocokan keadaan tidak secocok: ~ antara dua sistem nilai; mencocokkan 1. menyesuaikan, menjadikan supaya cocok (setuju dll); 2. membandingkan dll utk mengetahui cocok tidaknya (sesuai tidaknya dll); 3. memusingkan jarum jam supaya cocok (betul masanya), membetulkan jam; kecocokan perihal cocok, kesesuaian, kesamaan: perkenalan yg sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dgn gadis itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
persis1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.Kamus Dewan Edisi Keempat
telakJk kena benar, tepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
justeru1. kebetulan, tepat, kena benar: ke­napa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
praktis1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~. 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cocok1 kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2 sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3 tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4 serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5 betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocok­kan men­jadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
praktisberdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (men­jalankannya, menggunakannya dll), kena benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan itu dipercayai tidak ~; kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman yg disediakan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
cocok1. kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2. sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3. tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4. serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5. betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocokkan menjadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian.Kamus Pelajar
sepadankena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
praktis1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~ . 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau.Kamus Pelajar
12345678

Kembali ke atas