kenaikan | 1 sesuatu (spt kereta, kapal terbang) yg dinaiki; kenderaan. 2 keadaan atau hal naik (bkn pangkat, gaji, harga dll): ~ harga barang-barang menyusahkan masyarakat yg berpendapatan rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenaikan | 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenaikan | 1 esuatu (spt kereta, kapal terbang dll) yg dinaiki; kenderaan. 2 keadaan atau hal naik (bkn pangkat, gaji, harga dll): ~ harga barang-barang menyusahkan masyarakat yg berpendapatan rendah. | Kamus Pelajar |
kendera | ; berkendera duduk atau naik di atas sesuatu kenaikan (spt basikal, kuda, kereta). mengenderai menunggang kuda dll; menaiki kereta dll: Dia ~ seekor keldai. kenderaan segala jenis kenaikan atau tunggangan spt kereta, basikal, kuda. ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan. ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama dgn muatan kurang drpd lima tan, mis kereta, van dan motosikal. berkenderaan menaiki atau mempunyai kenderaan (spt basikal, kereta). pengendera orang yg mengenderai sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kendera | ; berkendera menaiki sesuatu jenis kenaikan (spt motokar dll), menunggang kuda (gajah dll); mengenderai menaiki kereta dll, menunggang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan; kenderaan kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; berkenderaan menggunakan atau mempunyai kenderaan (spt berbasikal, berkereta, berkuda, dll): mereka datang beramai-ramai, ada yg ~ dan ada yg berjalan kaki sahaja; walaupun ia pegawai yg berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dgn syarikat buruh; pengendera 1. orang yg menaiki atau menggunakan kenderaan (spt kereta dsb); 2. ark penunggang (kuda, gajah, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendera | berkendera duduk atau naik di atas sesuatu kenaikan (spt basikal, kuda, kereta dll). mengenderai menunggang kuda dll; menaiki kereta dll:Dia ~ seekor keldai. kenderaan segala jenis kenaikan atau tunggangan spt kereta, basikal, kuda dll. berkenderaan menaiki atau mempunyai kenderaan (spt basikal, kereta dll). pengendera orang yg mengenderai sesuatu. | Kamus Pelajar |
rapel | (rapél) IB 1. bayaran (wang) kebelakangan, tunggakan: ia telah menerima sebahagian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. kenaikan pangkat atau gaji yg dinanti masa pelaksanaannya kerana sesuatu sebab (spt terlupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan gaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda I | 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditunggang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpenunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menyerupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pembelengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (memelihara) kuda; 2. kandang kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beban | 1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perahu | kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |