kendali | Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan kendalian(operand field) | 1. Medan dalam kod suruhan pemproses yang menempatkan data atau alamat data yang akan dikendalikan. 2. Bahagian, dalam format kata suruhan pengalamatan serta-merta bagi bahasa mesin, yang dikhaskan untuk mengandungi nilai kendalian serta-merta. | Kamus Komputer |
kendalian | 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendalian(operand) | 1. Kuantiti atau benda yang dikendalikan. 2. Maklumat (data atau alamat) yang terkandung dalam medan pengendalian suruhan yang akan diolah oleh pemproses. | Kamus Komputer |
bentuk bebas(free form) | 1. Pengimbas optik yang kendalian pengimbasannya dikawal oleh simbol yang dimasukkan oleh peranti input pada waktu input data. 2. Tindakan mewujudkan objek secara bebas. | Kamus Komputer |
pengendali(operator) | 1. Orang, atau robot, yang mengawal dan mengawasi perjalanan perkakasan sistem atau kendalian. Sinonim operator. 2. Bahagian kod suruhan komputer yang menyatakan jenis pengendalian yang perlu dilakukan oleh sistem. 3. Fungsi yang boleh mengendalikan sesuatu perkara untu mengeluarkan sesuatu hasil. 4. Simbol matematik yang mewakili jenis pengolahan yang perlu dikerjakan. Misalnya "+" dan "-". | Kamus Komputer |
pemprosesan data(data processing) | 1. Pemasukan, penyimpanan, pengolahan, dan pengeluaran maklumat melalui jujukan kendalian aritmetik atau litar logik tertentu. 2. Pengaturan kerja untuk menerima maklumat dan mengeluarkan hasil tertentu. 3. Penyusunan semula dan penulenan data mentah kepada bentuk yang boleh digunakan selanjutnya. 4. Penyimpanan data untuk sesuatu tujuan, dengan memilih, mengisih, mengelaskan, meringkaskan, mengira atau merekodkan maklumat tersebut. | Kamus Komputer |
pengendalian lengkap(complete operation) | 1. Pengendalian yang dijalankan dari mula hingga akhir. 2. Pengerjaan lengkap kitar mesin pemproses yang bermula dengan pengambilan suruhan, pengambilan kendalian, pelaksanaan suruhan, dan persembahan serta penyimpanan keputusan hasil pemprosesan. | Kamus Komputer |
bionik | 1. mempunyai kuasa yg luar biasa (spt kekuatan, kepantasan, dsb) lebih drpd keupayaan manusia biasa; 2. (Komp) ilmu yg berkaitan dgn reka bentuk dan pembuatan perkakasan elektronik yg fungsi atau kendaliannya serupa dgn fungsi atau kendalian sesuatu sistem biologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bit limpahan(overflow bit) | Bit taraf atau bendera dalam daftar taraf pemproses yang akan bernilai logik 1 jika pengendalian terakhir yang dijalankan melebihi had saiz penumpuk atau daftar yang memegang kendalian. | Kamus Komputer |