realpolitik | (réalpolitik) aliran politik yg berdasarkan kenyataan-kenyataan, politik yg praktikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padanan | 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenyataan kawalan(control statement) | Kenyataan yang mengandungi maklumat bagi menentukan cara atau arah aliran pelaksanaan atur cara atau arahan pengawalan bagi CPU. Kenyataan ini boleh diberikan oleh pengguna secara langsung atau dimasukkan ke dalam atur cara. | Kamus Komputer |
kenyataan | 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenyataan | 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenyataan bersyarat(conditional statement) | Kumpulan suruhan atur cara yang akan hanya dilakukan jika syarat yang ditetapkan dipenuhi. | Kamus Komputer |
kenyataan | 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. | Kamus Pelajar |
kenyataan umpukan(assignment statement) | Kenyataan yang digunakan dalam bahasa pengaturcaraan untuk memberi nilai kepada pemboleh ubah atau fungsi. | Kamus Komputer |
kenyataan tutup(close statement) | Kenyataan atau suruhan yang digunakan dalam atur cara sebagai penutup subrutin atau tatacara atur cara. | Kamus Komputer |
kenyataan tindakan(action statement) | Kenyataan yang memberitahu komputer tentang tindakan yang perlu diambil. | Kamus Komputer |