runtuh(collapse) | Kejatuhan sesuatu struktur kepada unit asas atau kepada keadaan asalnya. | Kamus Komputer |
set semula kitar(cycle reset) | Keadaan indeks kitar dikembalikan kepada nilai asalnya atau kepada keadaan tertentu. | Kamus Komputer |
set semula(reset) | 1. Menjadikan sel perduaan memegang keadaan logik sifar. 2. Mengembalikan peranti kepada sifar atau kepada keadaan asalnya. 3. Salah satu punca input peranti flip-flop. | Kamus Komputer |
kepada | 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepada | 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepada | 1. kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. 2. terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. | Kamus Pelajar |
himpun(assemble) | 1. Proses mengumpul data dan subrutin yang diperlukan oleh sebuah atur cara, menukarkan data tersebut kepada bahasa pengaturcaraan, menggabungkan semua subrutin dan kemudian menyalurkan data tersebut kepada komputer untuk pemprosesan. 2. Proses menterjemah kod dalam bahasa simbolik kepada kod mesin yang setara. | Kamus Komputer |
pemetaan(mapping) | Penjelmaan suatu set kepada set lain. Misalnya, penjelmaan senarai seperti data set nama kepada alamat. | Kamus Komputer |
mengabdikan | 1. menjadikan abdi, mengham¬bakan, memperhamba: abdi tawanan perang; abdi diri kepada negara; 2. menggunakan sepenuh¬nya: tenaganya diabdikannya kepada negara | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama atur cara(program name) | Perkataan atau label yang diberikan kepada atur cara untuk membolehkan atur cara tersebut dipanggil oleh atur cara lain atau sebagai tajuk kepada atur cara tersebut. Nama atur cara ini biasanya ditulis di baris pertama atur cara dan nama ini mempunyai kaitan dengan tugas yang dilakukan oleh atur cara tersebut. | Kamus Komputer |