Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepadamu

Puisi
 

Lipatlah kain lipat baju,
     Lipatlah surat di dalam puan;
Sedia air menjadibatu,
     Baru kulupa kepadamu tuan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penaunganperbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lancang II1. tidak senonoh (kelakuan, peng­ucapan, dll), tidak sopan, biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut): mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb); melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur; kelancangan perihal lancang; ~ mulut peri­hal (sifat, perbuatan) lancang mulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
naung, naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih; bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah; menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; pernaungan 1. tempat bernaung, perlin­dungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~; penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; penaung orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas