Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pahit1 (be)rasa tidak sedap spt rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yg ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yg berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pahit I1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka; ~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah di­makan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya; sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi me­ngandungi pengajaran itu mendatangkan ke­baikan; berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang me­nyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik); memahitkan menyebabkan pahit, menjadi­kan pahit; kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepahitan1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepahitan1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepahitan1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan.Kamus Pelajar
keperihan1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasa­an): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedar1. rasa pahit dan pedas (spt rasa kulit limau), tengik (rasa atau bau); 2. = ~ hati kesal; kepedaran perihal pedar, kekesalan hati, kepahitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengharungi1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pahit1 (be)rasa tidak sedap spt rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yg ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yg berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan.Kamus Pelajar
mengharungi1. berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2. belayar melalui laut atau di sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3. ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas