Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
haba1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, mema­nas­kan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pema­nasan, pembahangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bahang Ihawa panas, kehangatan (yg terbit drpd api, panas tubuh, dll): tidak tertahan ~ api;berbahang menjadi panas (hangat): kabus tebal sudah nipis dan beransur-ansur lesap kerana hawa sang suria telah mula ~;membahang 1. menerbitkan kepanasan, (menjadi) sangat panas: debu di jalan berterbangan apabila dihembus angin yg bertiup ~ bara; 2. ki memerahkan (muka) kerana panas: marahnya ~ muka;membahangi mengenakan (menimpakan) hawa panas pd, membawa bahang pd: cahaya matahari boleh masuk tetapi tidak ~ ruang di dlm rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
suhudarjah kepanasan atau kesejukan sesuatu benda (badan, hawa dsb): ~ badannya 100oF. ~ bilik suhu normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 20oC.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suhudarjah kepanasan atau kesejukan sesuatu benda (badan, hawa dsb): ~ badannya 100oF.Kamus Pelajar
nafsuAr 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk me­lakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh me­lakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan ke­inginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat ark ke­mahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri; bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
panas1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari): apabila kena ~ matahari, bernyala rupanya; matanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu mata­hari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~, ia bangun segera; bagaimana hendak menyudahkannya kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll); ~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari); ~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan sesuatu dgn kebim­bangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selama­lamanya (bkn adat); panas-panas masih baharu, hangat-hangat; berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut; berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu; memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas; memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau men­capai sesuatu; memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya; kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; pemanasan perihal memanasi (memanas­kan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas