kepastian | hal pasti; ketentuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepastian | perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepastian | hal pasti; ketentuan. | Kamus Pelajar |
kata putus | kepastian, keputusan, ketentuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkonkritkan | ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihatkan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan | 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerenti | (gérénti) bp jaminan, kepastian; menggerenti menjamin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keyakinan | perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allahakan menjayakan cita-cita kita | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perundingan sudah putus | sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menentukan | 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |