Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pedih1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keperihan1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasa­an): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedih1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll): kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke atas; memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga; kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata.Kamus Dewan Edisi Keempat
perihJw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah; memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan; keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasa­an): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepedihan1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepedihan1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepedihan1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati).Kamus Pelajar
pedih1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati). pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata.Kamus Pelajar
perit I1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati, pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis; memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~ kulit badan; keperitan perihal perit, kepedihan, kesusah­an, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas