kependidikan | hal atau sifat yg berkaitan dgn pendidik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kependidikan | hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didik | ; mendidik menjaga dan mengajar (melatih dll) baik-baik: Ibu bapa harus ~ anak-anak mereka sejak kecl lagi. terdidik mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yg sempurna; terlatih: Dia inilah salah seorang murid yg ~. didikan 1 cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2 hasil mendidik; yg dididik: Murid-muid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3 latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak remaja yg tidak bermoral. pendidikan perihal atau perbuatan mendidik: ~ anak-anak cacat memerlukan kesabaran dan kesungguhan. berpendidikan mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. pendidik orang yg mendidik; guru. kependidikan hal atau sifat yg berkaitan dgn pendidik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
didik | 1. pelihara, jaga (dgn hati-hati), ajar; ayam ~ ayam yg tidak beribu (dipelihara drpd kecil); 2. sl, bd anak-anak yg baru remaja: harta yg Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu utk bersuka ria; mendidik menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh dipandang ringan; terdidik mendapat latihan (pengajaran dll), terlatih: sebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yg ~ di tanah Inggeris; didikan 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; pendidikan 1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah; berpendidikan mendapat pendidikan (latihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi; pendidik orang yg mendidik, guru: sekarang Ali bertugas sbg ~ di sebuah sekolah di Kelantan; kependidikan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn pendidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |