kepeningan | kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pening | 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |