Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memusakaimenerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuno1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (baha­sa lama).Kamus Dewan Edisi Keempat
kepercayaan kunokepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
memperkaya1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepercayaan kunokepercayaan kpd yg kuno (kolot);Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah kepercayaanhilang kepercayaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
dogmakepercayaan atau sistem kepercayaan (agama dll) yg dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa se­barang pertikaian.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuhan Isesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan meng­anggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memper­dewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis.Kamus Dewan Edisi Keempat
agama1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepercayaan1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas