Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
agama1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Orang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pragmatisme1. kepercayaan bahawa kebe­naran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin, dsb bergantung pd kegunaannya secara praktik; 2. cara menangani masalah atau meng­hadapi sesuatu isu secara praktikal, sikap prag­matik.Kamus Dewan Edisi Keempat
antropomorfisme1. kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama spt manusia (dr segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan); 2. keperca­yaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai perasaan, sama spt manu­sia.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuno1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (baha­sa lama).Kamus Dewan Edisi Keempat
memperkaya1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepercayaan1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya1. = ~ akan (kpd) mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau mening­galkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
andal1 dpt dipercayai (ttg orang). 2 dpt dijamin atau diyakini (ttg mutu, kebolehan dll). mengandalkan 1 menaruh kepercayaan pd: Sejak peristiwa itu, saya tidak mahu ~ dia lagi. 2 menjamin kesanggupan (ketinggian mutu, kecekapan dll); memberi jaminan: Saya berani ~ mutu kereta ini. andalan 1 orang yg dipercayai; orang kepercayaan. 2 sesuatu yg terjamin (mutunya, kekuatannya, kebaikannya dll). keandalan hal atau keadaan andal; sifat andal: ~ komputer jenis ini sudah diketahui umum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
agamakepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas