keperibadian | perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keperibadian | perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperibadian | perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. | Kamus Pelajar |
fisiognomi | 1. roman muka yg dapat menggambarkan kelakuan atau keperibadian seseorang; 2. seni menilai kelakuan atau keperibadian seseorang drpd roman mukanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
personaliti | keperibadian, perwatakan: telah banyak benar diperkatakan tentang sasterawan ini, drpd hasil-hasil karyanya membawa kpd persoalan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keoknuman | keperibadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati budi | keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sahsiah | Ar keperibadian, peribadi: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeperibadian | mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keindividualan | sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |