keperisaan | kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisa | 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |