autarki | perihal atau cara yg tidak bergantung pd negeri lain tentang keperluan-keperluan dlm negeri, perihal mencukupi keperluan sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Syeikh haji | orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batiniah | Ar bersifat kebatinan: hidup itu akan sempurna kalau terdapat keseimbangan antara keperluan-keperluan lahiriah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperluan | apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keperluan bersama | kepentingan bersama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperluan | 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperluan | apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa mintalah kpd kakakmu. | Kamus Pelajar |
kitar hayat perisian(software life cycle) | Masa hayat bungkusan perisian komputer, bermula dari fasa pembentukannya sehingga ia tidak berguna lagi. Kitar ini bermula dengan fasa keperluan sistem, diikuti keperluan perisian, reka bentuk keseluruhan, reka bentuk khusus, penjanaan komponen, pengujian komponen, persepaduan, pengujian sistem, penyebaran, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan. | Kamus Komputer |
cukup keperluan sendiri | tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
egosentrik | (égoséntrik) (Psi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |