kepujanggaan | perihal pujangga (karang-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendisiplinan | perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pujangga | 1. pengarang sajak (syair dll) yg agung dan tinggi mutunya; 2. ahli fikir, ahli sastera (bahasa); kepujanggaan perihal pujangga (karang-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
disiplin | 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |