keputerian | hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewanitaan | perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wanita | bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri; kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puteri I | 1. sl anak raja yg perempuan; tuan ~ anak perempuan raja, permaisuri raja; 2. anak perempuan (utk menghormati), (kaum) wanita: pandu ~; ~ sejati; ~ malam ark ki bulan. keputerian hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |