takah II | Kd sj kera, kongkang, kera duku, nilung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kera sumbang | ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kera | nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kera II | ; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kera I | 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlarilari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kera | nama sj binatang spt monyet yg biasanya berekor panjang, Macacus cynomolgus. ~ sumbang ki orang yg hidup dgn mengasingkan diri atau tidak mencampuri orang lain. | Kamus Pelajar |
kenan kera | keganjilan tentang gerak-geri (menyerupai gerak-geri kera). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerih I | bunyi (teriak) kera; mengerih 1. berbunyi dgn kuat (bkn kera); 2. mengerang (kerana kesakitan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kangkang I | 1. = celah ~ celah di antara dua pangkal paha, kelangkang; 2. ruang (yg luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yg terbuka luas (tidak dirapatkan): lunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan; 3. bahagian seluar di antara dua paha pd bawah punggung, pesak; ~ kera = se~ kera ki (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas; mengangkang 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi; mengangkangi berdiri dgn mengangkang di atas sesuatu; mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dll) luas-luas; terkangkang terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dll): dia duduk ~ di atas tong susu; pintu itu dibiarkannya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monyet | (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |