keraguan | 1 rasa syak; kesangsian: Sikapnya yg selalu berdolak-dalik itu menimbulkan ~ kpd orang ramai. 2 dlm keadaan syak (waswas dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keraguan | , keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keraguan, keragu-raguan | 1 rasa syak; kesangsian: Sikapnya yg selalu berdolak-dalik itu menimbulkan ~ kpd orang ramai. 2 dlm keadaan syak (waswas dsb). | Kamus Pelajar |
skeptisisme | (sképtisisme) keraguan, kesangsian: apakah darjah ~ yg sesuai dlm pemeriksaan data selanjutnya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khilafiah | Ar menimbulkan keraguan atau pertikaian; perkara-perkara ~ perkara-perkara yg menimbulkan pertikaian (yg tidak mempunyai nas yg tepat mengenai hukumannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencabar | 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesangsian | keadaan atau rasa sangsi; keraguan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebimbangan | keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesangsian | keadaan atau rasa sangsi; keraguan. | Kamus Pelajar |
kebimbangan | keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. | Kamus Pelajar |