kerajaan (pemerintah) pusat | kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buangan | 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll); 2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerajaan buangan | kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerajaan sementara | kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cap mohor | a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badan kerajaan | mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemberontakan | perihal atau perbuatan memberontak (penentangan terhadap kerajaan dll): kerajaan mengenakan perintah berkurung akibat ~ itu; ~ menentang penindasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
partikelir | IB bukan utk awam, bukan milik kerajaan; perusahaan ~ perusahaan bukan kerajaan; orang ~ orang biasa (bukan kakitangan kerajaan); sekolah ~ sekolah bukan kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
swasta | yg mengendalikan kegiatan (perusahaan dsb) sendiri, bukan milik kerajaan: penerbit ~; sekolah ~; syarikat ~; menswastakan memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yg diurus oleh kerajaan kpd pengendalian pihak swasta (dgn kerajaan memungut cukai drpd keuntungan yg diperoleh), menjadikan swasta (bukan lagi milik kerajaan): ada rancangan utk ~ beberapa jenis perkhidmatan yg kini dikendalikan oleh kerajaan; penswastaan perihal (tindakan) menswastakan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polisi I | rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas utk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |