Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerak (kata nama)
1. Bersinonim dengan lapisan keras: selaput kering

2. Bersinonim dengan sisa: kotoran, karat, daki,

Kata Terbitan : berkerak,

Puisi
 

Telur murai di atas geta,
     Benang kerak disimpul pulih;
Orang duduk bertindih riba,
     Jangan diharap katakan boleh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tidak bernasi di balik kerak.

Bermaksud :

Tidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerak-kerak merahsj tumbuhan (herba), rumput sawi air, sumpu cacing, Bonnaya antipoda.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerak-keraksj tumbuhan (herba), rumput sawi air, sumpu cacing, Bonnaya antipoda.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpusj tumbuhan (herba), kerak-kerak, Bonnaya antipoda.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacang Isj tumbuhan (herba), kerak-kerak, sumpu cacing, Bonnaya veronicifolia; ~ layar sj tumbuhan (yg tumbuh di air, bunganya berwarna biru), kelayar, Monochoria hastata.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumput sawi airsj tumbuhan (herba), kerak-kerak (merah), Bonnaya antipoda.Kamus Dewan Edisi Keempat
jari lipansj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica.Kamus Dewan Edisi Keempat
jari II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wal­lichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica.Kamus Dewan Edisi Keempat
sawisj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur, Brassica rugosa; ~ putih sj tumbuhan (herba), Brassica parachinensis: ~ tanah sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Ilysanthas antipoda; rumput ~ air sj tumbuhan (herba), kerak-kerak (merah), Bonnaya antipoda.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerak nasinasi yg keras yg melekat di bahagian dasar periuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerak bumilapisan bumi yg keras yg terdiri drpd batu hablur..Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas