kerambangan | keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambang | 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perempuan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa ditentukan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sembarangan sahaja, rawak: sbg contoh penggunaan sebenar, saya petik sebuah ayat secara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagaikan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |