kerapian | keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerapian | perihal rapi: sajak itu dimaksudkan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; disusun bantal-bantal itu dgn penuh ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerapian | keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. | Kamus Pelajar |
keberesan | kerapian, ketertiban, keselesaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keberesan | keadaan beres; kerapian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keberesan | keadaan beres; kerapian. | Kamus Pelajar |
ketertiban | 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beres | /bérés/ 1 teratur baik-baik; tidak kusut atau tidak kacau; rapi: Rumah tangganya ~. 2 sudah diselesaikan: Kerjamu itu belum ~ lagi. membereskan 1 mengatur baik-baik; merapikan. 2 mengurus hingga selesai; menyelesaikan (perkara, hutang dsb). keberesan keadaan beres; kerapian. pemberesan perbuatan atau hal membereskan; penyelesaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beres | /bérés/ 1. teratur baik-baik; tidak kusut atau tidak kacau; rapi: Rumah tangganya. ~. 2. sudah diselesaikan:Kerjamu itu belum ~ lagi. membereskan 1. mengatur baik-baik; merapikan. 2. mengurus hingga selesai; menyelesaikan (perkara, hutang dsb). keberesan keadaan beres; kerapian. pemberesan perbuatan atau hal membereskan; penyelesaian. | Kamus Pelajar |
rapi | 1 bersih dan elok: Wajahnya ~ dan manis. 2 teratur baik-baik; kemas: Buku-buku tersusun ~ dlm almari. 3 kukuh: Pintu rumah berkunci ~. 4 (semuanya) beres dan kemas kini: Semua urusan pejabat dikendalikannya dgn ~. 5 (semuanya) siap sedia dan tidak ada yg dicuaikan: Rumah Perdana Menteri sentiasa dikawal ~ siang dan malam. merapikan mengatur atau menyusun supaya rapi; mengemaskan; menyelesaikan: Ia membantu emaknya ~ bilik tidur. kerapian keadaan rapi; kebersihan; ketertiban. perapian proses atau perbuatan merapikan: Kesannya menakjubkan setelah rambut menjalani ~ oleh bahan tsb. perapi bahan yg merapikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |