penggal | 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal (kepala). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong | 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (lakilaki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, perjalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal dsb), pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerat I | 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilangannya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (persaudaraan); mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, penggalan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpenggal-penggal | 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedes | (dédés) I 1. potong (kerat, hiris) tipis-tipis (bkn daging dll); 2. Kl habis, kikis, licin; mendedes 1. memotong (mengerat, menghiris) tipis-tipis; 2. Kl menghabiskan (mengikis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulang | 1 rangka atau bahagian rangka tubuh manusia atau binatang: Di dlm lubang itu, terdapat beberapa kerat ~ manusia. 2 sesuatu yg menyerupai tulang 1 atau yg menyerupai rangka: ~ daun urat pd daun. ~ andas ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dan tulang tukul. ~ belakang a. tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung. b. ki sesuatu yg menjadi pusat kekuatan atau pusat tenaga dlm sesuatu kumpulan dsb. c. ki seseorang yg sangat diharapkan dlm sesuatu kumpulan dll. ~ belikat tulang yg leper dan berbentuk segi tiga pd belikat. ~ belut nama sj jahitan yg umumnya terdapat pd leher baju teluk belanga. ~ bercagak (pengancing) tulang rahang atas. ~ buku bahagian belakang buku. ~ bumbung kayu yg membujur pd bumbung rumah utk menyangga kasau. ~ cenak (selangka) tulang yg melintang yg menghubungkan tulang bahu dgn bahagian atas tulang dada. ~ cenonot tulang sulbi. ~ dada tulang pipih di tengah-tengah dada tempat tulang rusuk bertemu. ~ empat kerat anggota badan, iaitu kaki dan tangan. ~ kemburan tulang pd tapak tangan. ~ kering tulang betis di sebelah hadapan. ~ pengancing tulang bercagak. ~ rahang tulang pd rahang. ~ rakap ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn tulang andas dan tulang tukul. ~ rawan a. tulang muda. b. tulang dada binatang. ~ rusuk tulang yg melengkungi rongga dada. ~ selangka tulang cenak. ~ sulbi bahagian tulang belakang yg di bawah sekali, iaitu pd bahagian punggung. ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh. ~ tongkeng tulang sulbi. ~ tukul ist tulang kecil yg terdapat dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegendang telinga dan bersendi dgn tulang andas. tinggal ~ dgn kulit sangat kurus. tulang-tulangan 1 segala jenis tulang; rangka tubuh. 2 rangka rumah. bertulang 1 mempunyai tulang: Sotong ~ satu. 2 mempunyai rangka atau tulang drpd besi, kayu dll. menulangi membuang tulang (ikan dll). ketulangan tersangkut atau terlekat tulang di kerongkong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putus-putus | 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulang | 1 rangka atau bahagian rangka tubuh manusia atau binatang: <i>Di dlm lubang itu terdapat beberapa kerat ~ manusiai>. | Kamus Pelajar |
penggal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancung II | 1. bahagian hujung, punca atau penjuru (kain dll); ~ serong (kain yg) disusun atau diikat serong dgn puncanya tergantung; 2. bersegi dan tirus ke hujung, bersegi lancip; 3. penggal (leher dll), kerat: hukum ~; pepat di luar ~ di dalam prb rupanya baik tetapi hatinya jahat; berpancung berikat serong dgn puncanya tergantung (kain): jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung; memancung memenggal, mengerat (kepala, leher, dll); pancungan hasil kerja memancung: ~ pedang; pemancung (alat) utk memancung: parang ~; pedang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |