Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp babi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerbau pendekbp babi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau Isj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bisonsj binatang liar spt kerbau (terdapat di Amerika Utara) yg pendek tanduknya, bahagian depannya besar dan belakangnya berponok, Bison bison.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanduk I1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas