keresahan | keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keresahan | 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keresahan | keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar |
barbiturat | sj dadah yg boleh menenangkan keresahan (juga digunakan sbg ubat tidur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neurosis | (néurosis) (Psi) gangguan emosi akibat konflik yg tidak dapat diselesaikan, yg dicirikan dgn keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menularkan | menjadikan menular, merebakkan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah menanamkan dan ~ keresahan sesama manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resah | tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
resah | tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar |
resah | tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm keadaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tular | ; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan mendapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebakkan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah menanamkan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menularkan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |