teksi | (téksi) 1. kereta yg membawa penumpang dgn mengambil sewa, kereta sewa; ~ bandar teksi yg khusus beroperasi dlm kawasan bandar; ~ sapu teksi tidak berlesen; 2. bp beca roda tiga, biasanya di Kelantan;berteksi menaiki teksi: walaupun jaraknya sangat dekat, kami terpaksa ~ pd pagi itu kerana hujan sangat lebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prebet II | (prébét) bp persendirian, perseorangan (tidak rasmi atau umum); kereta ~ kereta yg digunakan oleh pemiliknya sendiri (bukan kereta sewa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta sewa | kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teksi | /téksi/ kereta sewa utk membawa para penumpang ke sesuatu tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teksi /téksi/ | kereta sewa utk membawa para penumpang ke sesuatu tempat. | Kamus Pelajar |
opelet | (opelét) IB sj kereta sewa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta sewa | kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlepas | 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut paut lagi; 2. pergi, berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satusatu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~ tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta prebet | kereta yg digunakan oleh pemiliknya sendiri (bukan kereta sewa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menahan | 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |