Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering pengayuh di tangan,
     kering wang di pinggang.

Bermaksud :

Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerontangark; kering-~ kering-kelontang; ®kering I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kontang1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengan­dungi air atau air habluran: kalsium klorida ~; mengontang menjadi kontang; mengontangkan menyebabkan atau men­jadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami; kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu; kekontangan 1. keadaan kontang, keke­ringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kontangtidak berair; kering:<i>kering ~i> sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kering. pengontangan hal menjadi kering:<i>Salah satu fungsi kulit ialah mencegah ~ tisu-tisu badan.i>Kamus Pelajar
kering-kerontangkering-kelontang; ®kering I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kering1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lada keringcabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering;Kamus Dewan Edisi Keempat
kering-kering airtidak kering sama sekali, lembap;Kamus Dewan Edisi Keempat
kontang Itidak berair; kering: kering ~ sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kontang. pengontangan hal menjadi kontang: Salah satu fungsi kulit adalah mencegah ~ tisu-tisu badan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyalirmembuat supaya kering; menjadikan kering (dgn me­ngalir­kan air ke luar): ~ sawah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salir; menyalir membuat supaya kering; menjadikan kering (dgn me­ngalir­kan air ke luar): ~ sawah. menyalirkan menyalurkan (air dsb) ke luar dr se­suatu kawasan; meng­alirkan (air) ke luar. tersalir sudah di­salir; disalirkan airnya. saliran sesuatu yg digunakan utk menyalirkan air dll; saluran. pe­nyaliran proses, perbuatan dll menyalir atau menyalirkan. penyalir alat atau sesuatu yg menyalirkan air dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas