kerinting III | sj tumbuhan (palma), rinting, Ptychoraphis singaporensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerinting II | siput atau kerang yg diasinkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerinting I | ®keriting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keter | (ketér) Tr kerinting sedikit (pd rambut, daun pokok yg terbantut): pokok mempelam yg Pak Man tanam ~. Agaknya tidak dibubuh baja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rinting | sj tumbuhan (palma), kerinting, Ptychoraphis singaporensis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun parsli | sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yg digunakan sbg perisa atau hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan; 2. benda yg berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis): ~ rokok; ~ terup; 3. bahagian sesuatu yg lebar lagi nipis: ~ kipas; ~ pintu; ~ ceding Kl pelengkap (penguat) sesuatu; ~ dayung bahagian yg lebar di hujung dayung (pengayuh); ~ kaki Kl taraf yg paling rendah; ~ kipas bahagian kipas angin yg berkeping-keping; ~ kentut-kentut sj tumbuhan (herba) yg daunnya dijadikan ubat, akar sekentut, Paederia foetida; ~ meja papan di atas meja; ~ neraca (dacing) piring neraca (dacing); ~ padi sj pisau kecil; ~ parsli sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yg digunakan sbg perisa atau hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum; ~ pintu papan pintu yg boleh dibuka tutup; ~ rampas Kl a) daun yg dipungut kali yg terakhir; b) kaum yg dikuasai orang lain; ~ sari salut ranggi dan kelopak bunga dikira sekali; ~ sisik tumbuhan kecil (pd pokok) yg melindungi tunas; ~ tapak anjing Kl daun tumbuh-tumbuhan yg mula-mula bercambah; ~ telinga bahagian telinga yg di luar; ~ tingkap papan tingkap yg boleh dibuka tutup; makan se~ sl makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dll sbg tanda seia sekata); ~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga prb tidak sama kasih kpd anak sendiri dgn kasih kpd anak orang; ~ nipah dikatakan ~ labu prb salah faham yg terbit kerana malas bertanya; ~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga prb akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yg berguna tinggal dan yg tidak berguna terbuang; bagai kucing main ~ prb peri kehebatan seseorang; berdaun mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya; mendaun menjadi spt daun; ~ kayu ki banyak spt daun kayu; ~ kunyit ki tidak berguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |