Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wang lemburId wang upah kerana kerja lebih masa;Kamus Dewan Edisi Keempat
lemburkerja yg dibuat di luar masa pejabat (kerja malam dll), kerja lebih masa; upah ~ = wang ~ bayaran kerana bekerja lebih, upah (wang) lebih masa; melembur bekerja di luar masa pejabat (kerja malam dll), bekerja lebih masa.Kamus Dewan Edisi Keempat
operId, bp; kerja ~ kerja luar masa, kerja lembur; mengambil ~ menggantikan pe­kerja­an (tanggungan, tugas, dll) orang lain, meng­ambil alih; mengoper 1. mengambil oper: lebih dahulu, pelajarilah gerak perempuan di Eropah dalam-dalam, sebelum kita ~ sahaja cita-cita­nya; 2. memindahkan, mengalihkan; 3. = mengoperkan memberikan kpd, menye­rahkan: ~ bola;Kamus Dewan Edisi Keempat
lebih masa(melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melemburbekerja di luar masa pejabat (kerja malam dll), bekerja lebih masa.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebih masayg dilakukan (ber­kaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg telah ditetapkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
elaun lebih masaelaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan di luar masa pejabat;Kamus Dewan Edisi Keempat
wang I1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg diper­taruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju mem­beli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapat­kan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula­mula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerja1. usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menye­diakan, dsb) sesuatu: beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; banyak lagi ~ yg perlu dibuat utk menyambut ulang tahun kemerdekaan; 2. = pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ ber­usaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-­tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajib­an, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya; 5. bp = bekerja: awak tidak ~ hari ini?; ~ siang malam manakan tak teruk badan; ~ amali kerja mempraktikkan (melakukan) apa yg tersebut dlm teori; ~ bakti kerja yg dilakukan utk kepentingan negara atau orang ramai (bukan utk mendapatkan bayaran); ~ borong kerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya); ~ halus kerja yg memerlukan kemahiran serta keteli­tian; ~ kahwin segala kegiatan dan urusan yg berkaitan dgn perkahwinan; ~ kapal kerja di kapal (sbg anak kapal); ~ kasar kerja yg lebih memerlukan kekuatan tenaga drpd kemahir­an; ~ kayu pertukangan kayu; ~ kosong bp jawatan yg belum dipenuhi, lowongan kerja; ~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang; ~ lapangan kajian saintifik yg dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu); ~ latihan sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengala­man; ~ lembur kerja yg dibuat di luar waktu pejabat; ~ luar a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat utk menambah pendapatan); b) kerja yg dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yg lazim; ~ mengikut peraturan kerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh per­aturan kerja; ~ paksa kerja yg diwajibkan melakukannya (sbg hukuman); ~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dll) yg biasa dilakukan di pejabat; ~ raja sl kerja yg di­wajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; ~ rampaian berbagai-­bagai kerja atau latihan utk memahirkan murid-murid dlm ilmu pelajaran yg berkenaan; ~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); ~ sambilan kerja yg dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yg lain; ~ sawah kerja di sawah, ber­sawah (bertanam padi); ~ sawat kerja yg dilakukan oleh pesawat (jentera); ~ sementara kerja utk jangka masa tertentu (bukan berterusan); ~ tangan kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukang­an, dsb); ~ tetap kerja yg berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap); ~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai­-ramai; ~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang; ~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan; sedikit ~ banyak berantun prb orang yg malas; tidak ~ cari ~ prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga; sekerja sama pekerjaan (terlibat dlm jenis kerja yg sama); kesatuan ~ kesatuan (perkum­pulan atau pergabungan) pekerja yg terlibat dlm jenis kerja yg sama; bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; mengerjakan 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (me­lakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark meng­usahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, mem­bunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengada­kan serta mengurus majlis perkahwinan dll; terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan): susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman; memperkerjakan menyuruh atau menem­patkan (seseorang) bekerja (di): aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel; pekerjaan 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja; berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pen­carian); tidak ~ a) tidak mempunyai peker­jaan: banyak anak muda yg telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~; b) tidak berkepentingan; pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menam­bah, mengurangi, membahagi, dan memper­banyak); pekerja orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; pengerja orang yg mengerjakan atau meng­usahakan sesuatu: orang kaya spt tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penyeKamus Dewan Edisi Keempat
baris gilir kerja(work queue)Susunan atau senarai tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem. Oleh sebab masa memproses lebih lambat daripada masa tibanya tugas, maka tugas digilirkan mengikut tertib ketibaannya. Dalam sistem pemproses berbilang, tugas diambil oleh pemproses sokongan dan dibarisgilirkan untuk diproses oleh pemproses utama bagi mempercepet pemprosesan keseluruhan sistem.Kamus Komputer
12345

Kembali ke atas