kerling | , = kerlingan pandangan dgn ekor mata ke kanan atau ke kiri; jelingan. mengerling memandang dgn ekor mata ke kanan atau ke kiri; menjeling: Dia cuma ~ kpd saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerling II | ; mengerling mengerlap, gemerlap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerling I | pandangan mata ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), jelingan: setiap kerlingan gadis itu mendebarkan hatinya; mengerling memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), menjeling: pelayan itu ~ dgn ekor mata yg tajam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerling | = kerlingan pandangan dgn ekor mata ke kanan atau ke kiri; jelingan. mengerling memandang dgn ekor mata ke kanan ataupun ke kiri; menjeling: <i>Dia cuma ~ kpd saya.i> | Kamus Pelajar |
jeling | pandangan dgn ekor mata, kerling; menjeling memandang dgn ekor mata, mengerling: tidak ada antara mereka yg memandang, kalau ada pun sekadar memalis dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergamit-gamitan | 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melukut II | 1. sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang, pulai, Urophyllum glabrum; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Trichosporum lampongum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamit | isyarat memanggil dgn jari: ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;gamit-gamitan sesuatu yg sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang: menjadi ~ orang;bergamit-gamitan 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling; menggamit 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2. menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi; menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) utk memanggil dll: kanak-kanak itu ~ tangannya spt meminta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |