Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.nap] | کرنڤ

Definisi : ; padi ~; ®padi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kernap


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kernap; padi ~; ®padi I.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi kernappadi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
padi kernap; ®padi I.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi I1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malay­sia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencam­purkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnah­lah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas